Iklan

Kenangan 8/2/2013

Assalamualaikum..(lambai-lambai tangan dekat korang)
Dah lama kan Diena tak update blog..rindu diena tak?huhu(perasan kejap)..Tarikh 8/2/2013 merupakan tarikh yang memberikan kenangan manis dan pahit buat Diena..                                                        Semalam sampai dekat sekolah kitaorang kene berkumpul dekat tapak perhimpunan sebab nak berarak untuk maulidurrasul..beberapa minit lepas tu ad geng kupiah datang..Rupa-rupanya si Nazhif dengan geng dia..Budak kelas Diena semua tergelak tngk dia dengan geng dia..Untuk pengetahuan korang,Nazhif merupakan classmate kitaorang yang suka buat lawak..Time berarak,Danish,budak form 2 mengiringi selawat keatas Nabi semasa berarak..Siap pakai mice macam retis gitu tapi orang yang duduk dekat belakang langsung tak dengar suara dia ==' ...Lepas tu ada penceramah dari luar bagi ceramah tentang sifat-sifat mulia Nabi Muhammad S.A.W..Penceramah tu bagi ceramah dekat ruang koridor surau bahagian lelaki..kitaorang yang duduk dekat dalam surau cikgu buat paparan skrin(alah,yang macam dekat konsert tu)..lepas habis ceramah,ada majlis perpisahan Ustaz Radizal, guru yang pernah mengajar Diena Bahasa Arab time form 2..Time dia berucap tu Diena rasa sebak sangat sebab banyak sangat kenangan dengan dia time dia ajar Diena..Diena pernah kene denda berdiri atas kerusi sbb xdapat jawab soalan dia,pernah kene tegur dengan dia sebab susah sangat nak hafal perkataan arab yang dia suruh hafal dan macam-macam lagi lah..(tetiba rasa nak menangis time tulis entry nie)..Time dia berucap,muka dia pun macam nak nangis.Tetiba mengalir air mata Diena dekat surau :'( ..Bila dah habis sambutan,Diena pun pergi jumpa dia and minta autograf dia and minta dihalalkan ilmu yang selama ini dia berikan dekat Diena..Autograf dia diena jadikan kenang-kenangan :) Diena rasa cukup setakat ni jelah entry Diena kali ni..Nanti habis lappy Diena dibasahi air mata Diena..Sobsob..
-Tu dia Tanda tangan dia..Tulisan Arab dia cantikkan?suka tengok tulisan Arab Ustaz Radizal :')

0 Response to "Kenangan 8/2/2013"

Posting Komentar

loading...